Pages

Saturday, February 25, 2012

cuti umum 11 apriL !

assalammualaikum . hye ! 

wahhh.. pagi2 da dapat berita gumbira . sape tak suka kalau dapat cuti kan . bertambah lagi public holiday kite ek :)

'' Selamat sejahtera. Berita baru dari KOSMO! 11 April kini diumumkan sebagai cuti umum untuk seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Cuti umum ini bersempena hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.



Menurut akbar online KOSMO!, Tan Sri Sidek Hassan (Ketua Setiausaha Negara) berkata pengisytiharan hari kelepasan umum itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Katanya lagi, "Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing".




Friday, February 10, 2012

sinopsis VANILLA COKLAT .


Kisah bermula mengenai seorang pelajar perempuan bernama Zara 19 tahun( lakonan Izara Aishah) dan pelajar lelaki Aamir (lakonan Aiman Mentor) 20 tahun yang belajar di sebuah kolej yang sama, malangnya mereka berdua ni saling benci membenci dan sudah ada kekasih masing -masing.

Aamir selalu mengusik Zara kerana Zara seorang pelajar cemerlang di kolej, Zara membenci Aamir kerana baginya Aamir seorang kaki perempuan.
Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya. Liana (Nabila Daly) sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.

Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka.

Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.

Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih tiada kemesraan di antara mereka.

Zara dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal (Iqram Dinzly) pula tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama Aamir, dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu hari, satu pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir sehingga Aamir meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika hujan. Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir telahpun pengsan. Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana dia berjanji untuk makan bersama Zara.

Dari saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara main-main. Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.

Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.

Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.

Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?

sweettt macam Vanilla Coklat !

hye . assalammualaikum !


wahhh semenjak dua menjak nie kecoh pasal drama slot lestary tv3 ""VANILLA COKLAT"' . drama komedi romantik tangkap cintan lakonan Aiman and Izara . memang terbaeekk la lakonan dorang . sape-sape yang tengok confirm teringin nak jadi macam dorang . ala-ala sweett gituu ..


sejak melayan Vanilla Coklat ni kan, aku terus angau la kat Amir  . sweeett sangat kan die ? tibe-tibe berangan nak kawen macam dorang . means kawen dengan orang yang kite tak kenal but orang tu mesti la kene sweett same macam Amir . boley ke macam tu ? hehek .

**...berangan japp...**


sejak dari Mentor lagi aku minat kat aiman . sebab aku ni memang suke sangat dengan lelaki yang tinggi-tinggi . kirenye he is my taste la . hohoho . kacak pun kacak :p . boleh dikategorikan jejaka pujaan malaya laa nie.. lebih-lebih pulakk.. 

aku de perasan aiman belakon kat satu telefilem nie . aku lupe la tajuk citer die . aiman jadi pelakon tambahan je mase tu . kawan kepada hero dalam cite tu . tak silap aku cite tu tayang time raye haji ke raye puase . ntahhh aku memey tak hengattt...sebab aku ni pelupa tahap maxima :p

serius . aku suke gilerr karakter aiman dalam Vanilla Coklat . cara die layan izara . cara die gurau-gurau ngan izara . cara die kene kan izara . cara die sabar dengan izara .. emm how i wish . . .



Izara Aishah gunekan nama sebenar die dalam Vanilla Coklat . tapi tak tahu la kalau karakter yang dibawak tu same ngan perangai die yang sebenar . huhu .

chomey lakonan die .  seorang gadis yang komited study and keras kepala . izara benci gilerr kat amir . sebab kononnye amir ni kaki pompuan . tapi bak kate orang dolu-dolu . tak elok kalau kite benci seseorang sebab mungkin satu hari nanti kite jatuh cinta kat die . macam episod Vanilla Coklat selasa lepas . :) kan masing-masing da terjatuh cinta .

boleh pulakk time tengok cite ni aku bayangkan aku jadi Izara . . . :)











Thursday, February 9, 2012

it's time for HOLIDAY ! :)

assalammualaikum :)

da lama tak mencoret dalam belog nie . busy katenye . huhu . . ade ke orang kesah?? xdekan... :( tp xpe, yang penting aku tulis pe yang ak nak tulis . ok, stop mengarut !


cuti Maulidur Rasul and Thaipusam baru ni aku and the geng (jannah & nad) plan nak pegi cuti-cuti malaysia . actually ni first time kitorang nak pegi holiday berjemaah bersama-sama . :D

rasa teruja gilerr . masing-masing sibuk cari port cuti yang best . sorang nak ke pantai,sorang nak ke sungai aku la tu . sorang lagi nak mana-mana je .

yang aku ni dari aritu lagi teringin sangat nak pegi janda baik . tu pun lepas cousin aku cerita pasal tempat-tempat kat sana . sejak dari tu aku selalu meng-google si duda baik janda baik ni . nape tempat tu name dea janda baik ek? mesti ramai janda-janda yang baik kat situ kann..ooppss! ntahhh laaa....

so aku suggest kan la kat jannah and nad ajak dorang pegi sini . mula - mula tu si jannah taknak . dea nak pegi pantai-pantaian . tapi aku racun-racun dea sampai la dea setuju . huahuahuahua (gelak jahat!) .

then kitorang start pulak meng-google chalet-chalet yang ade kat sane . cari punye cari punye cari punye cari kannn . . terjumpe satu website ni . chalet dea cantekk2 . name tempat dea Zaini GuestHouse . view dea pon terbaekkkk ! kitorang pon call owner dea, terus booking . dapat PRIVATE chalet . :)

perjalanan pun bermula . kitorang bertolak lebih kurang pkul 12 hari ahad tu (5hb feb) . . . lebih kurang sejam la kot sampai gak kitorang kat Kampung Janda Baik .


huh!.. jalan kat dalam tu kan kalah jalan kat Bukit Putus . berlingkar-lingkar jalan nye . naseb baik aku yang drive . kalau tak memang keluar semua isi-isi perut ni . tapi sepanjang jalan tu view memey meng-asyikkan la . huhu . jalan dea kecik so kene hati-hati drive kalau tak kang bercium dengan kete lain .
de la dlm 10-15min nak sampai ke guesthouse tu .


ni la dea entrance Zaini GuestHouse . cantek kan ?


ni la owner Zaini GuestHouse . abg zaini and his wife Fred Suriya with daughter Elliyah Solaris . kak Suriya ni asal dari Franch . tapi fasih cakap melayu . baik husband and wife ni, mesra alam :)





sampai-sampai kitorang terus call kak suriya . then dea pun tunjukkan la Private chalet kitorang . siap ada private bathroom, takyah share-share dengan guest2 yang lain . lagi satu, chalet kitorang ni terpencil tersorok sikit . so orang tak nampak sangat la pe yang kitorang buat .



ni la chalet kitorang . nampak tak ? tersorok kann.. privacy katenye :)



da siap-siap angkut barang masuk chalet . ape lagi . . .  terjun sungai berirama laa ! syokk oo.. 2,3 langkah dari chalet je sungai tu . sejukkk tak hengatt .






sardin . yummy yummy !


habes mandi . mase tuk masak pulakk . biase la lauk orang bujang macam kami time camping-camping ni . sardin la yang paling sedapp . goreng pulakk telur dadar kann . memang terbaekk la ! makan la kau sampai kenyang . burrrpppppp!





time malam kami tak buat ape-ape xtvt pun . just melepak ronda-ronda keliling guesthouse tu . amek angin makan angin . tengok orang bbq , tengok student-student buat xtvt dorang . pastu balek chalet .

yang tak ley blah nye kan . time aku duduk-duduk sembang-sembang kat dalam chalet . tangan aku ni pegang-pegang seluar . pastu aku rase de bende kenyal-kenyal melekat kat jari . sekali tengok PACATT! oh man, first time kene ngan pacat ni . mau tercabut tangan aku melibas-libas tapi xmo gak dea pegi pacat tu . geli aku da . menjerit-jerit tapi xdela kuat sangat . hehe . last-last ak gesel jari kat pintu baru la die tercabut . member aku si Jannah cepat-cepat amek garam tabur kat pacat tu kasi dea mati . huh lega..!


muke sebelum pegi jungle trekking

pagi hari kedua . masing-masing bangun awal . semangat nak pegi jungle trekking ni :) **siap beli sport shoes lagi** . tapi tak tau la pe yang akan jadi, sebab da lame kitorang tak buat xtvt lasak ni . aku last jungle trekking time kat uitm dulu . dela lebey kurang 4 tahun . badan pon da x fit . confirm cepat pancit ! tapi xpe, chaiyok-chaiyok ! usaha samapi berjaye . hahahaha...semangat kesukanan tol la !

naseb baik abg yang guide kitorang tu ensem . ABG RAHIM name dea :) . mekaseh ye abg tolong bawakkan beg kitorang yang berat tuu . bukan kitorang tak larat nak bawak beg tu sampai atas, tapi kitorang tengok abg fit sangat maintain je dari start trekking tadi so kitorang saje la nak challenge abg suh abg bawak beg kitorang yang berat tu . hehehehe . alasan.

jauh lagi perjalanan :p

first pitstop . snap pic dulu . muke da separuh penat . .

cantek kan view tu . kiri kanan bukit bukau . pastu de kebun-kebun .


penat tak penat la jugak trekking nie . de la 3,4 pitstop kitorang . walaupun jantung da laju lebey kurang 180km tapi tak rase nak give up pon. abg rahim pon bg support jugakk. tu yang buat lagi semangat tu . huahuahua .

dalam perjalanan tu jumpe la 3 orang anak orang asli . ternganga kitorang tengok dorang . mane tak nye , laju je dorang jalan naik bukit tu pastu tak pakai selipar lak tu .yang kite ni tersemput-semput macam siput nak naik atas.. wahhh malu la ngan dorang . -_-

dekat sejam lebih kitorang trekking . ade yang jatuh tergolek dok . ade yang tergelincir . ade yang semput tak ckup nafas . ade yang seluar koyak . ade yang menjerit nampat pacat tergedik-gedik nk sambar kaki orang . . AKHIRNYE . . . . .jeng jeng jeng .


ni lah air terjun yang dituju . berjaya jugakk samapi kat atas ni :) 


actually ni air terjun kecik je . abg rahim cakap ade yang lagi besar tapi kat kene naik atas lagi . tapi cukup la sampai sini dulu kan .. next time da fit kite naik tinggi lagi ye !






muka masing-masing penat je, tapi PUAS gilerr . yela usaha lebey tu nak panjat bukit .. 





mandi-manda berjemaah la kita yep ! sejukk wooo air dea . rasa nak berendam lama-lama je :)


rama-rama yang di snap oleh abg rahim .

da puas mandi manda . da makan bekal sardin yang kitorang bawak . so, masa tuk turun pulakk ye . turun ni xde hal . senang je...huhu.. belagak . kite jumpe di bawah ye ! hahaha .

sampai bawah abg rahim bawak kitorang pegi makan buah makisa kat kebun orang . men ceroboh je pedulik ape ! :p . 1st time aku makan makisa ni . masam-masam manis rase dea . sedap gak .

tak lame tu abg zaini datang pick up kitorang . so balek la kite ke chalet ye ..

sampai chalet, rezeki wooo.. de durian gugur sebijik . haha.. pe lagi . nikmat dunia katenye !

petang sikit dapat lak makan cempedak . kawan abg zaini tolong amek kan . emm melantakk lagi .. memang rezeki ! :)

SELASA . MASA UNTUK BALIKK !!

Sedih pulakk . . masing-masing rasa macam taknak balik je . kalau ley nak duk citu terus je taw :( . tapi banyak lagi bende menunggu kite yep . lain kali kite ley datang sini lagi . tak jauh pun.. sempadan selangor je . Janda Baek,jumpe lagi next time k :)


posing dulu sebelum balek !