 |
banglo yang bakal menjadi milik Apek |
wahhh untungglaaaa apek . dapat banglo kann . tak sia - sia usaha apek bertungkus - lumus jaga gawang negara .
berbaloi - baloiii ..
dengar - dengar cite banglo ni apek nak bagi kat mak ayah dia .
baguss la . tak lupa jasa mak ayah . :)
tapi apek , lupakan la niat nak bersara awal tuu .
rugi tau tak ?? nanti negara akan hilang salah sorang penjaga goal yang paling terbaek .
lagipun karier apek sekarang tengah memuncak kann .
popularr lak tu . kalah retis - retis kat malaysia ni . huhuhu . .
biasa la . tak ada orang yang akan senang bila tengok kita kat atas .
manusia kann . hasad dengki tu memey ada laa .
letak je gosip - gosip liar, kontroversi - kontroversi tu kat tepi je apek .
anggap je benda tu besar kuman yang tak ley nampak dengan mata kasar . huuhhhhhh !
yang penting apek . terus kan perjuangan ! kami tetap sokong anda .:D
p/s : kepada insan - insan yang nak menjahanamkan apek tuu . udah - udah la tu . tak ke mana pun kontroversi yang awok buat . jangan samapi awok termalu sendiri udah lerr .
myMetro :
""
KOTA BHARU: Banglo hadiah kerajaan Kelantan kepada Khairul Fahmi Che Mat sebagai penghargaan kerana membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu sudah siap, namun ia belum diserahkan kepada penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu kerana belum menemui masa sesuai.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Belia, Sukan Dan NGO Negeri, Abdul Latiff Ab Rahman berkata, mengikut perancangan banglo itu akan diserahkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek.
Menurutnya, sehingga kini majlis penyerahan rasmi banglo itu masih tertangguh berikutan Menteri Besar masih mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan manakala Khairul Fahmi pula sibuk menjalani latihan. ""