Pages

Monday, October 24, 2011

marco simoncelli in memory -_-




mungkin ramai yang masih bersedih atas kematian tragik pelumba MOTO GP ""Marco Simoncelli"" semasa Malaysia Motorcycle Grandprix 2011 yang berlangsung di litar Sepang semalam.

saya pun terkejut bila tengok video clip kemalangan yg melibatkan Marco Simoncelli, Valentino Rossi and Colin Edwards. Memang menyedihkan saat-saat Simoncelli tergelincir ke selekoh then kena rempuh dengan Colin Edwards and Valentino Rossi.

sedihnya tengok keadaan dia masa ini.

Simoncelli terlantar tak bergerak selepas dirempuh.
tapi sy tertanya-tanya jugak kenapa helmet dia boleh tertanggal ek??



Simoncelli mengalami kecederaan yang parah di kepala,tengkuk dan dada. dia telah diberi bantuan pernafasan namun gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada jam 4.56 petang waktu Malaysia.

-_-

Thursday, October 13, 2011

kisah seekor gajah dan seekor semut ! :)


Kisah seekor gajah dan seekor semut J

gajah dan semut da lama couple.. satu hari tu dorang pegi dating sambil bersiar-siar kat tasik.

Semut bahagia sangat hari tu. Lagipon semut ada berita gembira nak bagitau kekasih hatinya, si gajah.

Semut pun merayap naik ke telinga gajah dan teruslah membisikkan sesuatu

Semut :  u…I ada berita gembira nak bagitau u..

Gajah : berita ape tu u?

Semut : emm sebenarnya kan…….. I dah mengandungkan anak u !

Gajah : hah??? (gajah terkejut dan terus pengsan!)



** %$@#*&^!#@$%&?#&! **



Saturday, October 1, 2011

untung laa da tengok Bini-biniku Gangster ;p

Mesti ramai yang da tengok filem terbaru lakonan incik ohsem saya Shaheizy Sam, Yana Samsudin and Intan ladyana kan?kan?
Apa lagi kalau bukan filem Bini-biniku Gangster (BBG).
Tajuk pun da ganas kan… cerita mesti la ganas kottt ;p


Saya da tengok tau. Hari sabtu lepas kat Summit ;)

Seronok jalan cerita dia ! tak rugi la tengok.. lagi-lagi pasal ada pelakon hebakkk kita, incik sam dan kakak-kakak comel loteh dua orang yang bermadu tu. Lakonan mantap sehhh…

Ok banyak orang kata cerita ni tiru satu cerita korea,My Wife Is a Gangster (MWIG). Saya memang hantu cerita Korea, tapi kan tak tahu la kenapa saya x menyempat lagi nak layan cerita MWIG tu.
So saya tak tahu la macam mana jalan cerita nya.
Sama ke tak…sape yang tengok tu tentukan lah..
Huhuhuhu….


Tapi kata penulis skrip filem BBG ni, si kakak comel Yana Samsudin filem ni tak tiru langsung jalan cerita MWIG. Tak ada kena mengena langsung sama ada jalan ceritanya ataupun skrip. Yang ada kena mengena sikit hanyalah tajuknya tu. Tajuk jet tau!!
Kata Yana skrip filem BBG ini diilhamkan dari kisah benar seorang kenalan perempuannya tapi ceritanya diolah supaya jadi lebih menarik tertarik kau memang da bomb la!
Meh kita ceciter sikit pasal filem ni..

** kisah tentang seorang isteri yang comel bernama Manja (Yana).. eh nama mak sy pun MANJA jugak taw..tiru ek?hehehe.. husband Manja ni nama dia Hairi (Sam).

** dorang ni sweet couple taw.. sangat-sangat sweet and dorang sangatlah bahagia

** kat rumah manja isteri yang baik,lemah lembut,sopan ayuuuuuu je… tapi nak dijadikan cerita sebenarnya Manja ni KETUA GANGSTER segala gangster yang dipanggil Kak Yong oleh anak-anak buah dia. Huuuuuhhh ganass tuuu…..

** tapi kesian Manja dia tak boleh mengandung…

** then muncullah Reanna(Intan) yang cun as assistant Hairi kat office. Reanna ni pulak ada hati kat Hairi.

** disebabkan Manja tak boleh mengandung so dia lamarkan Reanna untuk Hairi. Yang buat ak touching time Manja menangis izinkan Hairi kawin lagi satu,walaupun dia rela tapi actually dia terpaksa sebab dorang nakkan anak.

** lembut-lembut si Reanna pun sebenarnya pulakk dia geng gangster jugak. Kumpulan gangster Reanna ni musuh ketat Manja. Berperang la mereka di rumah tanpa pengetahuan Hairi.

** da last nak habis cerita terbongkar la sape Hairi sebenarnya…

saya paling suka dialod yang sweet lagi chomey masa Manja call Hairi tanye dia kat mana then Hairi jawab :

‘’’ Ayang ada kat dalam hati Anje laa…. ;)’’’