Pages

Wednesday, December 7, 2011

BADDROL Bakhtiar nak join Pelita Jaya ?





dulu penyerang terbaik negara Safee Sali hijrah ke indonesia . sekarang Baddrol pulak nak ke Pelita Jaya .

" ia memang tawaran yang terbaik bagi saya untuk mengembangkan pengalaman dan saya telah mendapat nasihat daripada Safee " - Baddrol Bakhtiar .

klik sini :

wahh..banglo Khairul Fahmi a.k.a APEK dah siap !

banglo yang bakal menjadi milik Apek

wahhh untungglaaaa apek . dapat banglo kann . tak sia - sia usaha apek bertungkus - lumus jaga gawang negara .
berbaloi - baloiii .. 

dengar - dengar cite banglo ni apek nak bagi kat mak ayah dia . 
baguss la . tak lupa jasa mak ayah . :)

tapi apek , lupakan la niat nak bersara awal tuu .
rugi tau tak ?? nanti negara akan hilang salah sorang penjaga goal yang paling terbaek . 
lagipun karier apek sekarang tengah memuncak kann .
popularr lak tu . kalah retis - retis kat malaysia ni . huhuhu . .

biasa la . tak ada orang yang akan senang bila tengok kita kat atas . 
manusia kann . hasad dengki tu memey ada laa . 
letak je gosip - gosip liar, kontroversi - kontroversi tu kat tepi je apek .
anggap je benda tu besar kuman yang tak ley nampak dengan mata kasar . huuhhhhhh ! 

yang penting apek . terus kan perjuangan ! kami tetap sokong anda .:D

p/s : kepada insan - insan yang nak menjahanamkan apek tuu . udah - udah la tu . tak ke mana pun kontroversi yang awok buat . jangan samapi awok termalu sendiri udah lerr .



myMetro : 

"" KOTA BHARU: Banglo hadiah kerajaan Kelantan kepada Khairul Fahmi Che Mat sebagai penghargaan kerana membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu sudah siap, namun ia belum diserahkan kepada penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu kerana belum menemui masa sesuai.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Belia, Sukan Dan NGO Negeri, Abdul Latiff Ab Rahman berkata, mengikut perancangan banglo itu akan diserahkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek.

Menurutnya, sehingga kini majlis penyerahan rasmi banglo itu masih tertangguh berikutan Menteri Besar masih mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan manakala Khairul Fahmi pula sibuk menjalani latihan. ""




Friday, December 2, 2011

kenapa dengan awak ?? :(


awak macam da lain jew .
awak tak sembang dengan saya macam dulu - dulu .
awak tak buat lawak dengan saya macam dulu - dulu .
awak da tak singgah tempat saya macam dulu - dulu .

kenapa dengan awak ni??? :(

ye..awak nampak saya . awak pandang saya . pastu awak senyum .
saya pun senyum balik .
dalam hati saya harap mulut awak bersuara bercerita .

tapi takde pun awak .
awak tak buat macam tu pun .

awak nak jauhkan diri dari saya ek .
tapi kenapa ?
kenapa awak ??

ce citer ce citer . . .

Wednesday, November 30, 2011

5 dec : dating dengan doctor ! :D

yuhuuuuu.....
best nye nanti dapat date ngan doctor .
first time tuu . confirm nervous tak hengatt .
pastu mesti malu - malu kambing lak .
auwwww lagi - lagi depan doc kacak !



** meng-gedix sekejap ye !**

semuanya kerana mu THYROID...
actually 5th december tu aku de appoinment ngan doctor specialist pasal penyaket ak nih .
pukul 9 pagi lakk tuu .
tapi name je appointment . kang kene gak amek number giliran . kene gak tunggu turn
hurrmmmm.... pukul berapa ntah nanti aku dapat jumpe doc .

takpe la . demi penyaket aku sanggup tunggu ! heheheh ;p

tiba-tiba rindu kat awak ! :D



hurmm.. ..
hari ni saye tak nampak awak pun..
sunyi pulakk..

selalu mesti dengar je suara awak..
awak gurau - gurau..
awak gelak - gelak..
kadang-kadang sye pun ikut gelakk :D

tapi kan bile awak ade kengkadang tu menyampah jugakk..
sebab awak tu 'gedixxx' terlebih !

tapi bile awak takde rasa macam rinduu jew .
lagi baik awak takde kan ?
sebab rindu is better than menyampah rite?
huhuhuhuhuhu..


Monday, November 21, 2011

kemenangan milik kita...HARIMAU MALAYA !



 
nothing much to say . . . 

I am PROUD to be MALAYSIAN

Congrats 
HARIMAU MALAYA !!

we DESERVE it .

alhamdulillah....berkat doa dari rakyat Malaysia ;)

tandukan goal dari Asraruddin Putra !! #separuhmasapertama



tamat lah separuh masa pertama Final bola sepak sukan sea 2011.

score terkini :
HARIMAU MALAYA -1 vs 1- Indonesia

yang pasti nya Harimau Malaya dah sumbat 1 goal dari tandukan bawah Asraruddin Putra. memang style arrr !!

hasil sepakan Baddrul Bakhtiar dari tepi lepas tu di tanduk oleh Asraruddin Putra .
eventhough slow tapi tetap masuk gawang Garuda .

yeahh rezeki MALAYSIA !


HARIMAU MALAYA vs Garuda . . aaummmmmmm !!!!!!



alhamdulillah dapt jugak team harimau malaya sampai ke FINAL . ;)

lagi berapa minit je lagi final game nak start. tak sabar nak jadi supporter depan tv nih . 
bersemangatt gilerr da !



jommm rakyat MALAYSIA sama-sama kita support team Harimau Malaya.
moga kemenangan milik kita!

semuanya kerana mu....... encik Thyroid ! - #part 2




Balik dari klinik terus pegi kedai my sis . makan-makan jap pastu tolong die sikit2.

Tengah sembang-sembang dengan my sis tiba-tiba tergerak lak nak pegi check up leher aku yang da lame bengkak ni . tak silap aku da lebih 3 bulan leher ni bengkak taw. takde la bengkak besar sangat. Tapi nampak la macam berketul kat leher ni. Aku tak rasa sakit pun sebab tu aku biarkan je.

Aku terus gerak pegi kilnik gomen(government ye) kat batu 14, puchong. Punya la ramai manusia . penuh klinik tu.

Aku pun duduk sorang-sorang tunggu turn. Sampai turn aku masuk bilik doctor.

Aku tak tahu la takkan sebab aku nervous tak pernah wat check up jantung aku tiba-tiba laju. Dupdapdupdapdupdapdupdap. Tah bape kilometer sejam tah. Memang aku terasa ‘kelajuan’ die.

Maybe aku terpikir pasal amek darah. Banyak ke doc nak amek darah?bape liter die nak sedut darah aku ni. Besar ke jarum die nak cucuk?? Mesti sakitttt..Huhhhhh… macam-macam la dalam kepala masa tu.



Time doctor check nadi aku doctor tu pun terkejut. Die cakap nadi aku laju sangat ni. Then die check pulak bengkak kat leher aku ni. Die suruh aku telan air kiur bagai laa..

Sah !! memang ade benjolan kecil kat bahagian thyroid.

Emmm mendapat satu penyakit . tu la awal-awal mak suruh pegi check up taknak pegi . banyak alasan . sekarang sendiri tanggung laa.. 

semuanya kerana mu....... encik Thyroid ! - #part 1

Asslammualaikum !

15 November, 2011.selasa. hari yang malas sangat. Time pagi pun takde keje sangat kat ofis. De 1 keje je yang aku kena settle kan .

kol 11 da siap keje. Tinggal dok melopong ternganga jew. Buhsan . sampai mengantuk tahap gaban da aku. Nak online line tak bape nak clear.

Ting tong ! dan-dan aku dapat idea baik punyerr . pi amek MC !

Ape lagi, time lunch je aku cepat-cepat kuar terus g klinik panel kat Bandar putri. Wat muka toye ala-ala sakit tenat sangat kat doctor tu .


 “ doc, saya sakit kepala sangat2 ni..tak tahan da ni. Tak ley wat keje camni’’
doc : ‘’ok2, saya bagi ubat bla bla bla then saya bagi mc 1 hari’’

yeeehaaaaa…!!
Gembira nye hati ;)

Friday, November 18, 2011

apa pun x bley ~





Assalammualaikum..

Emm lame da x update blog kan. Eventhough blog ni tak semeriah mana..huhuhu.. cdey jap ;(

Busy sikit. Macam-macam hal jadi.

Tapi yang paling best, first time merasa naik ambulans.. takde la bangga pun kan.
Cuak x hengat de la .. !!
Takpe tu nanti kite ceciter ek.

Sebenarnya tengah confius ni. Bukan pasal pe pun.
Kalau la tengok entry-entry yang lepas-lepas kan, kejap bahasa kan diri ‘aku’ pastu kejap kang guna ‘saya’ lakk. Perasan kan??
 Bagus la kalau tak perasan ;p

Alaaa.. tapi takde effect ape-ape pon kan. Bukannya lepas baca tu kene serang heart attack ke kencing manis ke kan?kan?kan?
Heheheheheh..

So just ignore it. ‘aku’ ke ‘saya’ ke yang penting tu orang yang sama ek !!

Layannnn kan jew…

-_-

Monday, October 24, 2011

marco simoncelli in memory -_-




mungkin ramai yang masih bersedih atas kematian tragik pelumba MOTO GP ""Marco Simoncelli"" semasa Malaysia Motorcycle Grandprix 2011 yang berlangsung di litar Sepang semalam.

saya pun terkejut bila tengok video clip kemalangan yg melibatkan Marco Simoncelli, Valentino Rossi and Colin Edwards. Memang menyedihkan saat-saat Simoncelli tergelincir ke selekoh then kena rempuh dengan Colin Edwards and Valentino Rossi.

sedihnya tengok keadaan dia masa ini.

Simoncelli terlantar tak bergerak selepas dirempuh.
tapi sy tertanya-tanya jugak kenapa helmet dia boleh tertanggal ek??



Simoncelli mengalami kecederaan yang parah di kepala,tengkuk dan dada. dia telah diberi bantuan pernafasan namun gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada jam 4.56 petang waktu Malaysia.

-_-

Thursday, October 13, 2011

kisah seekor gajah dan seekor semut ! :)


Kisah seekor gajah dan seekor semut J

gajah dan semut da lama couple.. satu hari tu dorang pegi dating sambil bersiar-siar kat tasik.

Semut bahagia sangat hari tu. Lagipon semut ada berita gembira nak bagitau kekasih hatinya, si gajah.

Semut pun merayap naik ke telinga gajah dan teruslah membisikkan sesuatu

Semut :  u…I ada berita gembira nak bagitau u..

Gajah : berita ape tu u?

Semut : emm sebenarnya kan…….. I dah mengandungkan anak u !

Gajah : hah??? (gajah terkejut dan terus pengsan!)



** %$@#*&^!#@$%&?#&! **



Saturday, October 1, 2011

untung laa da tengok Bini-biniku Gangster ;p

Mesti ramai yang da tengok filem terbaru lakonan incik ohsem saya Shaheizy Sam, Yana Samsudin and Intan ladyana kan?kan?
Apa lagi kalau bukan filem Bini-biniku Gangster (BBG).
Tajuk pun da ganas kan… cerita mesti la ganas kottt ;p


Saya da tengok tau. Hari sabtu lepas kat Summit ;)

Seronok jalan cerita dia ! tak rugi la tengok.. lagi-lagi pasal ada pelakon hebakkk kita, incik sam dan kakak-kakak comel loteh dua orang yang bermadu tu. Lakonan mantap sehhh…

Ok banyak orang kata cerita ni tiru satu cerita korea,My Wife Is a Gangster (MWIG). Saya memang hantu cerita Korea, tapi kan tak tahu la kenapa saya x menyempat lagi nak layan cerita MWIG tu.
So saya tak tahu la macam mana jalan cerita nya.
Sama ke tak…sape yang tengok tu tentukan lah..
Huhuhuhu….


Tapi kata penulis skrip filem BBG ni, si kakak comel Yana Samsudin filem ni tak tiru langsung jalan cerita MWIG. Tak ada kena mengena langsung sama ada jalan ceritanya ataupun skrip. Yang ada kena mengena sikit hanyalah tajuknya tu. Tajuk jet tau!!
Kata Yana skrip filem BBG ini diilhamkan dari kisah benar seorang kenalan perempuannya tapi ceritanya diolah supaya jadi lebih menarik tertarik kau memang da bomb la!
Meh kita ceciter sikit pasal filem ni..

** kisah tentang seorang isteri yang comel bernama Manja (Yana).. eh nama mak sy pun MANJA jugak taw..tiru ek?hehehe.. husband Manja ni nama dia Hairi (Sam).

** dorang ni sweet couple taw.. sangat-sangat sweet and dorang sangatlah bahagia

** kat rumah manja isteri yang baik,lemah lembut,sopan ayuuuuuu je… tapi nak dijadikan cerita sebenarnya Manja ni KETUA GANGSTER segala gangster yang dipanggil Kak Yong oleh anak-anak buah dia. Huuuuuhhh ganass tuuu…..

** tapi kesian Manja dia tak boleh mengandung…

** then muncullah Reanna(Intan) yang cun as assistant Hairi kat office. Reanna ni pulak ada hati kat Hairi.

** disebabkan Manja tak boleh mengandung so dia lamarkan Reanna untuk Hairi. Yang buat ak touching time Manja menangis izinkan Hairi kawin lagi satu,walaupun dia rela tapi actually dia terpaksa sebab dorang nakkan anak.

** lembut-lembut si Reanna pun sebenarnya pulakk dia geng gangster jugak. Kumpulan gangster Reanna ni musuh ketat Manja. Berperang la mereka di rumah tanpa pengetahuan Hairi.

** da last nak habis cerita terbongkar la sape Hairi sebenarnya…

saya paling suka dialod yang sweet lagi chomey masa Manja call Hairi tanye dia kat mana then Hairi jawab :

‘’’ Ayang ada kat dalam hati Anje laa…. ;)’’’

Monday, September 19, 2011

Manisnya senyuman awak ;)





Awak,
Manisnya senyum awak.
Masa tu awak duduk sorang-sorang.
Awak sibuk menghadap laptop awak.
Masa tu saya pun duduk sorang-sorang.
 Saya sibuk perhati gelagat orang.

Awak,
Kacaknya awak.
Masa tu awak pakai baju ungu.
Ouch, warna kegemaran saya la awak.
Tak lekang saya pandang awak.
Eh kebetulan saya pun pakai baju ungu.
Sama la kita awak ;)

Awak,
Sekali sekala awak senyum
Tapi bukan senyum kat saya
Awak senyum kat laptop awak.
Emm, mungkin ada benda yang mencuit hati awak.

Awak,
Awak tak perasan ke dari tadi saya pandang awak?
Yelaa awak tak toleh kiri kanan pun,
Khusyuk dengan laptop awak !

Awak,
Tiba-tiba awak toleh,
Awak pandang tepat kat saya,
Alamak saya tak sempat nak larikan mata saya dari awak,
Saya MALU la awak.

Awak,
Awak senyum kat saya??
Senyuman tu untuk saya ke awak??
Ye saya yakin,awak senyum kat saya!

Awak,
awak ada lesung pipit la !
oh saya jatuh cinta awak..
Saya balas senyuman awak,
Awak pun senyum lagi
OH ! MANISNYA SENYUMAN AWAK ;)


Thursday, September 1, 2011

OoOoOOoo balik kampung !



selamat malam.



seronok beraya?? haruss la kan... raya mana yang tak seronok. 
eh tapi 1 je yang tak seronok **orang kata saya da terlebih umur tuk dapat duit raya** 
mood : sedih ;(

hehehe... tahun ni dan 4 tahun yang lepas giliran saya bagi duit raya kat anak-anak buah and sepupu sepapat yang kecik-kecik saja ye !
alhamdulillah... tahun ni rezeki lebih, lagipun kerja kat tempat baru kan so 'masyukk' la sikit.

raya pertama kami beraya kat rumah rumah wan (my grandma sebelah abah). actually sorang tu je la nenek saya yang tinggal. rumah wan tak jauh, setengah jam je dari rumah kami **kampung sebelah je kot**.
makcik-makcik and pakcik-pakcik da standby kumpul kat sana. adik-adik sepupu pun standby tadah tangan nak duit raya ;p


selesai beraya di rumah wan, kami redah pulak rumah sedara mara sebelah mak. rumah dorang dekat-dekat je kawasan situ. so takda lah berjalan jauh sangat. 

raya ke-2. plan kami pagi-pagi nak pergi beraya di Banting. tapi sepupu mak dari shah alam nak datang beraya pulak. terpaksa tunda sampai la pukul 2. 
dekat Banting sampai la ke Batu Laut semuanya saudara mara sebelah emak.
beraya sakan la kami sampai perut pun tegang **terlebih makan**. 

hari sabtu nanti giliran balik kampung sebelah abah pulak. Negeri Sembilan. 
dan maybe esoknya, hari ahad tu kami akan beraya di Melaka.!!

seronokknya beraya...jommmm!!! ;)

raya weiii !! ;)




 SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN



Sunday, July 31, 2011

selamat menyambut ramadhan al-mubaraq

aku yang tangah sengaL

selamat malam.

kalau esok puasa..makna nya malam ni Terawih yang pertama.

 kelebihan solat tarawih hari pertama : diampunkan dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaan nya baru di lahirkan. 
so, jom la kita sama-sama pergi masjid bersolat tarawih..
kumpullah pahala sebanyak-banyak nya.
hindari la dosa sehauh-jauh nya.
bulan Ramadan bulan yang penuh nikmat
bulan yang penuh berkat.


selamat berpuasa untuk semua.
tingkat kan Taqwa dan Keimanan sepanjang bulan puasa ;) 

Syazwan Zulkifly a.k.a APEK juvana

aku yang tangah sengaL

selamat malam


chomey tak die senyum ;)

ok lah, aemy nak gossip - gossip pasal Syazwan Zulkifly yang ohsem nie. kenal tak dia sape? actually nama dia baru je naik sebab pasal drama JUVANA kat TV3. 
since episode 1 aku tak pernah miss pun tangok cite JUVANA ni.
sampai la episode finale mencurah air mata aku tengok. 
. SEDIH taw .
sebab?? 

1. episode finale tu memang sedih sebab kali tu jalan cerita ending dia sangat sedih.. (apedaaa ayat!)

2. sebab bile episode finale makne nyer cite tu da nak tamat. bukan da nak lagi, memang da TAMAT pun.

pelakon-pelakon juvana

aku add dia kat Facebook. aku follow dia kat Twitter. aku baca status-status dia. aku baca tweet - tweet dia.
dan aku rasa dia sebenarnya seorang yang ceria,humble, happy go lucky person. and maybe ada sikit sense of humor. yess..
mana aku tahu?? daripada ayat-ayat status dia laa..
kalau korang nak tau korang follow la dia.

eh aku lupa nak bagitau. birthday dia sama bulan dengan aku, sama tahun but tak sama haribulan. dan dia TAURUS. sama dengan aku..
oh harus ke aku bangga? tidak sama sekali (cehhhh;p)

sebelum juvana dia ada berlakon jugak kat dalam Gemilang. as RINGGO. tapi masa tu aku tak follow sangat cite gemilang nie. dalam gemilang dia ada rambut, aku lagi prefer dia botak. bila botak dia nampak HOT !





Thursday, June 2, 2011

seronokk nyerr kawen !! #1

aku yang tangah sengaL

selamat petang

Alhamdulillah.... setel da kenduri kawen aku punye kakak :)
congratulation to my sister and bro in law!

~ my family ~

kepenatan yang terlampau. 3 hari 3 malam kaki aku cramp. hehe.. tapi, penat camna pun hati tetap seronok. 
ni kenduri kahwin yang pertama dalam adik beradik kitorang. kira menantu pertama untuk emak and abah aku.

so, untuk pengantin Norly Suzaini & Mohamed Ferdaus...

'' semoga bahagia hingga akhir hayat ''
....continued :D

Thursday, May 26, 2011

lu lansi lu mati

aku yang tangah sengaL

selamat petang

hello.....! korang watpe petang-petang gini? kan best kalau dapat amik angin jalan-jalan kat tasik kan.. tenang sikit kepala otak aemy yang tengah berselibut serabut nie.

errkk... tak ada tasik pon? hehe.. nie padang depan umah i :)
seghabot peghrok!

aku tahu entry aku ni da terlambat kalau nak cite pasal filem lakonan cik abg sayang aku tu.*perasan* tapi aku tak kira aku nak cite jugakk. lantak la kalau korang taknak baca kan.. :(

before filem nie tayang, hari-hari aku tengok trailer dia kat youtube takpun kat tb. tak sabar oii.aksi dia hebat tak hengat. lagi-lagi rambut chomey si Tumulak tu. rasa nak tarik-tarik jew. trailer cam gempaq kan? tapi time first day dia kuar aku tak dapat pegi nengok, yela seb0k memanjang. hari sabtu tu baru aku pegi nengok kat The Summit,usj. tak dan la aku pegi sorang-sorang, ada la peneman nyerr :D



mula-mula cerita otak aku da pening. hati aku da start maki hamun.sebab?? camera dia kabur pastu getar-getar lak tu. tak dapat nak focus nengok si Tumulak wat action dengan gaya sengal-sengal ubi dia. da tengah-tengah cerita baru la syok nengok. baru ley layannn...

ikhwan husni bin ali
saya sangat suka badan awak yang sangat tough tu!

ok. aku bukan nak cakap filem nie tak best. tapi.... memang tak berapa nak best. dia punye jalan cerita tak menarik sangat.nak kata bosan ade la sikit. tapi takdela bosan sangat cima a bit slow je.  aksi dia memang superb. aku suka time dia fight dengan shariff bin sharifudin tu. seghabot peghrok natey beghrok nie!

mikail bin maliki. baghu cubit cikit da jerhit serupo pende!. kau punye expression muka tu sangat over. kadang-kadang lawak gak but kadang-kadang macam sengal. tattoo kat dada hang tu sexy kot. i nak sain kat situ boleh? haha..

apa-apa pun. Tumulak is the best! tapi tuk filem nie aku bagi 3 star jew. ending dia macam tergantung. maybe ada sambungan..........





Wednesday, May 25, 2011

tricks:button like facebook

aku yang tangah sengaL

selamat petang

hye korang!.. kali ni aemy nak ajar kat korang-korang nie untuk buat satu button yang chomey gedebuk. korang Like tak? mesti kene like sebab button nie namanya button LIKE facebook. ngeee :D

pergi kat DESIGN
click EDIT HTML
tick EXPAND WIDGET
pastu tekan CTRL=F
cari word
data:post.body

ok. da cari da..? cara dia senang je kan. takyah susah-susah pon.. lepas tu, copy and paste code kat bawah ni selepas/bawah code kat atas tu ek

ohsem tak? but preview dulu before save ek. da tengok kecomelan button tu baru lah save :)

<iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=" + data:post.url + "&amp;layout=standard&amp;show-faces=true&amp;width=530&amp;height=60&amp;action=like&amp;colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>






tricks: title header bergerak

aku yang tangah sengaL

selamat petang

hye!.. emm arini cikgu nak ajar kau orang camne nak wat title header bergerak.
title header tu tajuk yang atas sekali sebelah lambang blogger.
contoh ayat macam 'SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA'
so, kalau nak buat dia bergerak camnie ek

pergi kat DESIGN
click HTML
tick EXPAND WIDGET
tekan CTRL+F
cari <header>
copy and paste code kat bawah nie atas code <header> tadi

<script type='text/javascript'>//<![CDATA[
msg = " SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ";
msg = "--- [LEPAS BACA SINGGAH LAGI] ---" + msg;pos = 0;
function scrollMSG() {
document.title = msg.substring(pos, msg.length) + msg.substring(0, pos); pos++;
if (pos > msg.length) pos = 0
window.setTimeout("scrollMSG()",200);
}>
scrollMSG();
//]]>
</script>

then, tukar lah tulisan SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA tu dengan ayat anda sendiri k.
jangan lupe PREVIEW dulu and SAVE ;) 

Sunday, May 22, 2011

i'm falling in love.. Seth Tan :)

aku yang tangah sengaL

selamat petang

petang-petang buta yang x berapa nak buta nie perangai aku makin menjadi-jadi. mandi tak basah, makan banyak pon asyik lapa jew.. nak marah perut pun tak boleh. sebab tekak nie mengada-ngada nak rasa tu rasa ni. last-last perut muncitt..emm amek kaw!

haiipppp! aemy, wats wrong with u ha?? gilakksss...

aku tengah sakit. tiba-tiba je virus menyerang.. satu tempayan teguk air suam pon takda perasaan. makan ubat lagi tak lut. mak aku pun da meluat tengok sakit aku. emm sampai hati mak... :( sobs..sobs...




Seth Tan ! u ohsem laa..i love u ;)
sorry encik shaheizy sam yang ohsem jugak, saya terpaksa curang dengan anda sekejap!
kihkihkih... angau da dak sorang nih. elly oh elly.
nie la penyakit yang paling bahaye. SAKIT ANGAU k.korang mesti penah rase camne sakit nye penyakit nie kan. asyik termenung, selalu berangan, wat keje pon da tak betul sampai kene bebel dengan mak. kan?kan?kbai. malas nak cite. ;p

Seth Tan ! the way u speak..make me so melted. ouh romantic.. ;) *berangan jap*
ley x saya nak ganti tempat nora elena jap? saya nak Seth Tan propose saya. pastu dengan gelojohnye saya akan terima sambil melompat-lompat macam katak and menjerit-jerit macam pontianak. ok ke?
ye saya tau, Seth Tan akan pengsan lepas tu...

*wink*




tanah runtuh Hulu Langat

aku yang tangah sengaL

selamat pagi

korang sume. sama-sama lah kita sedekah kan Al-Fatihah pada mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim Al-Taqwa, hulu langat yang pergi menghadap Ilahi. moge roh mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman. amin.



dugaan dari Allah. malapetaka yang menyayat hati ni melibatkan 25 orang anak-anak yatim yang sedang melakukan aktiviti di bangsal berdekatan tebing tanah.. kalau tak silap setakat pukul 12 lebih tadi, 10 orang mangsa meninggal dunia, 9 orang terselamat dan 6 lagi masih tertimbus.

-doakan untuk mereka-

Saturday, May 21, 2011

mangsa simbah acid. scary nyerr!!

aku yang tangah sengaL

selamat malam

hye korang! aku tengah takut nie. bukan takut hantu la weyh.. takut dengan orang. orang yang senget mental die. yang takde otak. yang wat bende kejadah sesuka hati mak bapak die.. huh! sakit mental betol.

 kecoh sekarang pasal orang simbah-simbah acid nie.. gilerr kan! macam takde keje lain jew..? pegila tanam sayur ke noreh getah ke, kan bagus.. dapat gak la hasilnyer. nie sesuka hati ko je nak menghancurkan hidup orang.

lagi satu hal.. nape acid tu murah sangat? cube lah letak harge ribu-ribu ke juta-juta ke. kan takde la susah-susah orang nak beli kan. aduyaii...cuak jugak aku nak kua jenjalan kat luar nie.. wat mase nie dok kat umah lagi better ;)

so korang-korang, be extra carefull k.. :)


-suspect-

Tuesday, May 10, 2011

selamat hari ibu

aku yang tangah sengaL

selamat petang



selamat hari ibu untuk BOnda ku yang tercinta Pn Zaina binti MOhd Yusof. sesungguhnya saya amat menyayangi mu.

doa umtuk ibu dan ayah


DOA UNTUK IBU BAPA-


Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka


Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...



Thursday, May 5, 2011

happy birthday

aku yang tangah sengaL

selamat tengahari


nak kek cmnie ;)

happy birthday to me!;)

Ya Allah...bersyukur ku masih dipanjangkan umur.
EMAK,terima kaseh kerana melahirkan anakmu yang degil ni ;)
sesungguhnya,saya cume mengharapkan yang terbaik dalam kehidupan sekarang and mase depan.
yang terbaik untuk saya dan orang sekeliling saya.

-amin-

Tuesday, May 3, 2011

song box the summit

aku yang tangah sengaL

selamat tengahari

ahad and isnin lepas my Bonda restaurant cuti.so time for relax-relax and malas-malas la.. hehe.. yela lame x cuti, badan pon da sengal-sengal.

ahad tu xde program best pon. just pegi kenduri kawen kat dewan sec 20 shah alam. dari rumah memang tak makan pape. perot kosong da bunyi2 da mintak makanan. so sampai je kat dewan teros pegi kat tempat lauk. pe lagi melantak nasi tambah la..haha.. xde istilah malu da. janji perot kenyang ;) 

isnin. pas lunch kononnyer nak g mandi air terjun. tapi keta de satu je so memang x muat la. puas la adik tepon member2 die nak pinjam keta, tapi x dapat. keciwa sungguh x dapat pegi mandi manda. ;(

malam sikit tibe-tibe  Bonda ajak g kar0k. yeahh! melompat-lompat la suke.haha.. ayen ajak pegi try karok kat the summit. i pon x pnah try karok kat sane.. so kitorang decide pegi situ jew.

 ni lah Song Box kat the summit

harge die pon xde la mahal sangat. die charge per room. bilik die pon ok. x de la kecik sangat.sempit pon tak.. sekali masok 5 orang ok la. kitorang amek package tuk 2jam=rm 32. happy hour time. free lagi sejam and 4 air free. so, memang puas ar melalak. korang-korang yg rase nak karok tapi budget x banyak sgt ley la pegi sini.tong2 ngan member. dari pegi karoke jamban yg x best tu baik pegi sini jew.kan? haha..i hate karoke jamban! xtau la nape, maybe sebab xde privacy sangat kot ;p










sekian. tamatlah riwayat cuti dua hari. ;)